WAYANG KULIT (NADI SEORANG TUK DALANG)
Dadanya sesak
Kala terpaksa menjadi saksi
Saat Hanuman dan Seri Rama di gerak
Di balik kelir.
Nadinya mati
Kala terpaksa memerhati
Gaya seni yang songsang
Dek kerana cetek pengalaman.
Terkenang saat tangannya yang gagah
Menghayun geraklangkah Seri Rama
Berperang melawan Rawana
Demi cinta suci,sanggup dia mati.
Tuk Dalang berdiri
Tinggallah duniaku, bila nadiku
Tak berdenyut lagi.
BASIRAH ABDUL AZIZ. 147652. UPM. KPZ