Jumaat, 30 Julai 2010

cerita zaman sekarang dan zaman dulu

bila aku tengok muka mak, aku rindu sangat.. walaupun tak manja, tapi aku telefon rumah hari-hari tahu??
mak pesan, telefon, sekejap pun tak apa.
takut aku kena culik.. hehehe.. mak risau sangat..
tak ada orang larat nak angkat anak mak ni nak culik..
aku kalau tak dengar suara mak sehari, mesti susah nak tidur.
hemm..
mak yang besarkan aku selepas ayah kembali pada 13 julai 1993.
aku anak ke enam.. ada sorang je kakak..
aku boleh bayangkan masa aku lahir, mak ngan ayah mesti seronok..
sebab aku anak perempuan yang mak dapat lepas lahirkan 3 anak lelaki sebelum aku(abang-abang aku)..
mak pernah cerita, masa aku kecil, aku suka sangat nak ikut ayah pergi mana-mana.
satu hari tu.
ayah bawak aku pergi ke jalan di hujung kampung.
masa tu aku umur 4 tahun mak kata.
ayah tinggal aku kat jalan tu dan terus bawak motor nak balik rumah.
mak cakap aku kejar ayah sambil nangis.
ayah gelak je tapi dah kesian agaknya tengok aku nangis sambil kejar motor dia yang perlahan tu, ayah berhenti... lepas peristiwa tu, aku serik nak ikut ayah..
bayangkanlah, ayah nak pergi kebun, nak jual getah, nak pergi masik hutan, semua aku nak ikut.
padan muka aku.. hahaha..

al-fatihah untuk ayah aku.

catatan semalam.

"macam mana nak pikat hati abang balik??"

"kenapa abang tak mahukan saya lagi??"

"sebab awak gemuk, sebab lelaki mudah jemu.kuruskan badan!" abang jawab..

"yela.. dalam proses ni.. bukan senang nak kurus.. bukan boleh puasa sehari, esok terus kurus.." aku geram.

" nasib badan la aku ni.."aku bercakap sendiri.

mata mengantuk. jam dah pukul 12.54 pagi.

hari ni tak bercakap dengan mak sebab mak pergi pasar malam tadi masa aku telefon.
mak.. tolong adik..

mak mesti cakap." tinggal je dia tu, cari orang yang lebih baik."

mak cakap senang. hati dah menangis tak henti-henti.
semua rasa berbaur.

tapi tak pernah terfikir nak buat benda bodoh.

Allah ada.

Dia jaga aku.. aku tahu..

mencari sinar.

Mencari sinar.

Aku datang
Dengan nur roh Mu yang hijau,
yang kau hembuskan.
Aku datang,
Dari rahim ibu di alam kedua.
Aku datang,
setelah mata terbuka melihat dunia fana.
Aku datang mencari sinar,
kala azan pertama,
merdu di alunkan di kupingku.
Aku datang mencari sinar,
kala bibir mulusku,
bisa mengucap ayat-ayat suci,
kalimah keramat syahadah.
Aku datang mencari sinar,
Namun Engkau yang bisa memberi.
Aku menanti sinar.
Moga diri terpilih,
Dalam lingkungan yang
Di redhai-Mu.
Amin.

akukah yang bersalah?

Akukah yang bersalah?
Akukah yang bersalah?
Tatkala cinta menjengah
Hati ini ingin
Rasai kehebatan cinta
Cinta yang datang
Berbaur rasa dukalara
Berbaur rasa bahagiasuka
Berbaur rasa rindudendam
Kala gerimis menjengah
Aku di tepi kaki langit merah
Bisukaku pilusendu
Cintakah itu?
Dalam pilu aku tersenyum
Hidup tak selalunya indah
Hidup tak selamanya cerah
Kadang teruji
Demi kita kenali
Erti hidup,
Erti cinta.

teka seterusnya..

31. puteri yang tinggalkan kasut kaca di majlis tari menari?
32. puteri yang makan epal beracun?
33.puteri yang paling cantik dalam cermin ajaib?
34. raksasa yang dapat kahwin dengan puteri?
35. puteri yang tinggal dalam laut? hehe
cuba lah teka.......

teka-teki-teka-tekuk

26.pokok yang paling malu di atas dunia?
27. periuk apa binatang yang punya?
28. bunga yang mempunyai mata yang besar?
29. masa kecil kaki empat, dah besar kaki dua, dah tua kaki tiga. cuba teka apa dia?
30. bila semua binatang dah naik kereta, manusia nak naik apa?

tekaaaa-tekiiii

23. miang-miang ________. makin tua makin menjadi.
24. roti apa yang datang dari mekah?
25. kalau ada kebakaran kat kolej, siapa bangun dulu?