Selasa, 26 Oktober 2010

teka teki dan jawapannya

1. teka teki,teka tekuk,
ular mati hisap rokok. cuba teka??
2. seorang lelaki berjalan-jalan di tepi pantai pada waktu pagi. tidak kelihatan seorang pun manusia ketika itu. sedang dia berjalan,dia memandang ke belakang. dia sangat terperanjat kerana tidak dapat melihat tapak kakinya di atas pasir. cuba teka kenapa?
3. ada suatu benda yang boleh merubah warnanya. berada di lautan dalam dan mempunyai lapan tangan yang berguna. siapa tahu apa dia,cubalah teka.
4. pada suatu malam, adi berjalan bersama kawannya,husin. setiba di simpang berhadapan kubur, tiba-tiba husin berhenti. adi bertanya kenapa. husin tanya, buah apa jantung di luar? haha, cuba teka?
5. luar dibuang,dalam dimasak, luar di makan, dalam di buang. apa dia?
6. bukak kulit nampak rambut, bukak rambut nampak isi, buka isi nampak batang. kulit warna hijau ,isi warna kuning. cuba teka jangan pening..
7. orangnya kecil molek, tapi lantang bersuara,
sebab beliau kita dah lama tak balik, cuba teka siapa orangnya?
8. bila kita berjalan, ia terikat. bila kita berhenti, ia terurai.
cuba teka siapa pandai.
9. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai?
10. Buah pisang panggilannya, tapi ada tempat orang tak panggil pisang. cuba teka kat mana?
11. dalam bahagian buah kelapa, yang mana tak boleh di makan?
12.Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
13.benda apa makin di isi makin ringan?
14. Rumah biasa kita panggil house, rumah besar kita panggil bangalow, rumah terbakar kita panggil?
15.Apakah nama binatang ini,Telinga lebar hidung panjang.
16. Apakah nama binatang ini,mempunyai taji pada kaki.
17. Apakah nama binatang ini,Badannya penuh dengan duri.
18. buah bukan sebarang buah, buah jadi raja buah.
19. kotak apa tak boleh angkat?
20. ikan apa kita tahu ikan betina??
21. perlawanan apa, yang menang ke belakang?
22. benda apa yang menunjukkan waktu?
23. miang-miang ________. makin tua makin menjadi.
24. roti apa yang datang dari mekah?
25. kalau ada kebakaran kat kolej, siapa bangun dulu?
26.pokok yang paling malu di atas dunia?
27. periuk apa binatang yang punya?
28. bunga yang mempunyai mata yang besar?
29. masa kecil kaki empat, dah besar kaki dua, dah tua kaki tiga. cuba teka apa dia?
30. bila semua binatang dah naik kereta, manusia nak naik apa?
31. puteri yang tinggalkan kasut kaca di majlis tari menari?
32. puteri yang makan epal beracun?
33.puteri yang paling cantik dalam cermin ajaib?
34. raksasa yang dapat kahwin dengan puteri?
35. puteri yang tinggal dalam laut? hehe
cuba lah teka.......



jawapan:
1- ubat nyamuk.
2- dia berjalan mengundur.
3- sotong.
4- buah pisang.
5- jagung.
6-jagung.
7-dr. normaliza.
8-tali kasut.
9-bas sekolah- sebab bas tu pergi sekolah.
10-amerika sebab kat sana orang panggil banana.
11-airnya sebab air kena minum.
12-motorsikal sebab ada tongkat.
13-belon.
14-bomba.
15-gajah.
16-ayam.
17-landak.
18-durian.
19-kotak penalti.
20-ikan duyung.
21-tarik tali.
22-jam.
23-keladi.
24-roti arab.
25-panggera sebab kalau ada kebakaran ia akan terjentap ke atas secara automatik.
26-semalu.
27-periuk kera.
28-bunga matahari.
29-manusia.
30-naik hairan.
31-cinderella.
32-sleeping beauty.
33-snow white.
34-beauty and the beast.
35-the little mermaid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan