Jumaat, 30 Julai 2010

akukah yang bersalah?

Akukah yang bersalah?
Akukah yang bersalah?
Tatkala cinta menjengah
Hati ini ingin
Rasai kehebatan cinta
Cinta yang datang
Berbaur rasa dukalara
Berbaur rasa bahagiasuka
Berbaur rasa rindudendam
Kala gerimis menjengah
Aku di tepi kaki langit merah
Bisukaku pilusendu
Cintakah itu?
Dalam pilu aku tersenyum
Hidup tak selalunya indah
Hidup tak selamanya cerah
Kadang teruji
Demi kita kenali
Erti hidup,
Erti cinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan