bila aku tengok muka mak, aku rindu sangat.. walaupun tak manja, tapi aku telefon rumah hari-hari tahu??
mak pesan, telefon, sekejap pun tak apa.
takut aku kena culik.. hehehe.. mak risau sangat..
tak ada orang larat nak angkat anak mak ni nak culik..
aku kalau tak dengar suara mak sehari, mesti susah nak tidur.
hemm..
mak yang besarkan aku selepas ayah kembali pada 13 julai 1993.
aku anak ke enam.. ada sorang je kakak..
aku boleh bayangkan masa aku lahir, mak ngan ayah mesti seronok..
sebab aku anak perempuan yang mak dapat lepas lahirkan 3 anak lelaki sebelum aku(abang-abang aku)..
mak pernah cerita, masa aku kecil, aku suka sangat nak ikut ayah pergi mana-mana.
satu hari tu.
ayah bawak aku pergi ke jalan di hujung kampung.
masa tu aku umur 4 tahun mak kata.
ayah tinggal aku kat jalan tu dan terus bawak motor nak balik rumah.
mak cakap aku kejar ayah sambil nangis.
ayah gelak je tapi dah kesian agaknya tengok aku nangis sambil kejar motor dia yang perlahan tu, ayah berhenti... lepas peristiwa tu, aku serik nak ikut ayah..
bayangkanlah, ayah nak pergi kebun, nak jual getah, nak pergi masik hutan, semua aku nak ikut.
padan muka aku.. hahaha..
al-fatihah untuk ayah aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan