Jumaat, 20 Ogos 2010
batuk
Khamis, 19 Ogos 2010
puisi untukmu..
Akukah yang bersalah?
Akukah yang bersalah?
Tatkala cinta menjengah
Hati ini ingin
Rasai kehebatan cinta
Cinta yang datang
Berbaur rasa dukalara
Berbaur rasa bahagiasuka
Berbaur rasa rindudendam
Kala gerimis menjengah
Aku di tepi kaki langit merah
Bisukaku pilusendu
Cintakah itu?
Dalam pilu aku tersenyum
Hidup tak selalunya indah
Hidup tak selamanya cerah
Kadang teruji
Demi kita kenali
Erti hidup,
Erti cinta.
Jumaat, 6 Ogos 2010
hari ini
aku pertama kali jumpa anak dr normaliza yang bongsu tu.. comel orangnya..
bila time presenting our video on youtube, hahaha.. semua gelak.. tapi sebenarnya ada masalah.. lagu last tak keluar.. tapi macam semua tak perasan jer.. hehe.. tak ape lah.. janji mereka dan keluarga mereka bahagia..
Isnin, 2 Ogos 2010
kawan-kawanku
kalau kawan-kawanku tak ada, aku tak ada tempat nak mengadu.. mak aku jauh.. kalau kamu semua tak ada, aku tak senyum..
kalau kamu semua tak ada, aku tak ketawa, kamu semua penting dalam hidup aku.. kamu semua yang buat aku senyum, kamu semua yang buat aku ketawa, dan senang, kamu semua jugak yang buat aku tabah.. kadang-kadang sedih tapi tak lama.. kamu semua akan menceriakan hidup aku dengan gelak ketawa kamu..
kita lakukan semuanya bersama, makan sekali, tidor sekali, mandi pun sekali?? hehe..terima kasih kawan-kawanku.. mida, dilah,wani,yah dan kawan-kawan yang aku tak sebut nama dia memang kawan aku jugak yang aku sayang walaupun kita tak rapat..
aku sayang kamu semua..
aku
orang baru
aku dah cakap, ada pakwe dah la.. dia cakap tak kisah.. dia akan tunggu..
aku pun hairan, aku ni bukan dia kenal pun, nak tunggu-tunggu pulak..
biarlah..
aku ada cerita pada yang tersayang, tapi dia cakap dia tahu, aku tak akan senang-senang ada perasaan kat orang..
aku akui apa yang dia cakap tu.. ruang hati aku cuma ada dia, dia yang menceriakan aku, dia yang menyayangi aku dan dia yang melukai aku..
hemm jiwang pulak..
tapi aku terus terang, memang tak ada orang lain dalam hati aku kecuali dia.. buatlah aku macam mana pun, aku tetap sayang dia.. aku akan selalu sabar sebab ada hikmahnya atas apa yang berlaku..
berbalik kepada orang baru.. dia dah jadi kawan sms aku.. hehe
cerita..
emm.. kalau masukkan puisi boleh tak dr? hehehe.. boleh kot?? tapi aku nak masukkan jugak la..
ni aku nak masukkan puisi yang aku karang sendiri kala menunggu yang tersayang untuk berjumpa.. bila aku mintak nak jumpa dia, dia akan cakap "tak conform lagi.. nanti dah conform abang cerita.."
begitulah selalunya..
kadang-kadang dia datang, kadang-kadang tak datang.. ok, ini dia puisinya.. yang terkadang membuat aku menangis membacanya..
Buatmu abang
Hujung minggu yang bertandang,
Telah aku nanti dengan harapan
Yang melata bagai kelekatu
Yang mencari cahaya
Kala hujan malam mula mereda
Sesekali,
Harapan yang ku untai bersama rindu
Terlerai dari pangkin hiba
Tangisteriak tak bersuara
Mula menjentik tangkai hati.
Tatkala aku bersuara
“tenang hatiku tenang”
Air mata
Mula
Menari-nari di pipi.
abang iparku
Aku selalu jugak berdoa bagi abang ipar aku berubah suatu hari nanti atas sebab yang aku dan kawan-kawan aku je yang tahu. Tapi yang pastinya bukan seksual abuse! Aku ada telefon mak hari jumaat malam. Mak cakap kakak aku balik! Macam tak percaya je aku.
Alhamdulillah dia dah berubah selepas peristiwa adik aku maki dia! Haha.. macam tak percaya adik aku yang umur belasan tahun tu, perempuan pulak tu, berani maki hamun abang ipar aku tu. Lepas peristiwa tu, adik aku dah mintak maaf. Mungkin sebab abang ipar dah sedar dengan kesilapannya pada kakak aku, abang ipar aku tu dah berubah.
Selama hampir 6 tahun dia kahwin ngan kakak aku, baru pertama kali dia balik umah aku pada waktu cuti 2 hari, sabtu dan ahad! Hemm.. susah kalau dah kahwin ni.. kena ikut je cakap laki kan?
adikku yang tersayang
Adik aku yang lelaki tu, aku bengang betul la.. hari tu dapat tawaran UMS dia tak mahu pergi. Lepas tu buat rayuan, nak sangat masuk UPM. Tapi tak ada rezeki dia lagi agaknya. Aku suruh dia beli no pin untuk UITM. Tadi dia cakap try tengok syarat kemasukan. Macam tak layak. Apa nak buat ni.
Dia macam mendesak aku pergi pejabat pendaftar UPM hari ni untuk tanya ada tak pengambilan disember. Aku cakap. “ nak buat masters bolehla dik oi”. Dia bengang ngan aku agaknya, terus merajuk. Aku sakit hati lagi. Dia suruh aku telefon pejabat akademik tanya macam mana nak apply.
Untuk puaskan hati dia aku telefon. Ada seorang mamat ni angkat. Aku pun tanya la dia. Dia cakap “ memang tak ada ambilan Disember. Rayuan untuk Julai sahaja, kecuali untuk masters.” Sudahnya aku cerita kat dia. Baru puas hati.
penyeliaku..
Hari ni, aku pergi jumpa penyelia.. adoi, masalah lagi.. aku kena cari sorotan literatur tentang teromba.. yang mana dah ada buat kajian tentang teromba dia reject.. susahnya nak dapat tajuk projek.. dekat dah nak kena bentang proposal kat dr. Samsina. Aku jadi tak tentu arah.. internet pun lembab semacam. Macam tahu-tahu aku ada masalah! Esok aku jumpa dia lagi. Harap-harap tak ada masalah lagi. Penyeliaku...tolonglah saya!!!
pasar malam
tak ape lah, nanti aku pulak yang kirim kat mereka.. nasibla.. huhu..