Aku selalu jugak berdoa bagi abang ipar aku berubah suatu hari nanti atas sebab yang aku dan kawan-kawan aku je yang tahu. Tapi yang pastinya bukan seksual abuse! Aku ada telefon mak hari jumaat malam. Mak cakap kakak aku balik! Macam tak percaya je aku.
Alhamdulillah dia dah berubah selepas peristiwa adik aku maki dia! Haha.. macam tak percaya adik aku yang umur belasan tahun tu, perempuan pulak tu, berani maki hamun abang ipar aku tu. Lepas peristiwa tu, adik aku dah mintak maaf. Mungkin sebab abang ipar dah sedar dengan kesilapannya pada kakak aku, abang ipar aku tu dah berubah.
Selama hampir 6 tahun dia kahwin ngan kakak aku, baru pertama kali dia balik umah aku pada waktu cuti 2 hari, sabtu dan ahad! Hemm.. susah kalau dah kahwin ni.. kena ikut je cakap laki kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan