Isnin, 2 Ogos 2010

orang baru

tajuk dia orang baru tapi bukan baby.. orang baru yang datang dalam hidup aku.. lelaki yang mula mengambil berat tentang aku selain yang tersayang..
aku dah cakap, ada pakwe dah la.. dia cakap tak kisah.. dia akan tunggu..
aku pun hairan, aku ni bukan dia kenal pun, nak tunggu-tunggu pulak..
biarlah..
aku ada cerita pada yang tersayang, tapi dia cakap dia tahu, aku tak akan senang-senang ada perasaan kat orang..
aku akui apa yang dia cakap tu.. ruang hati aku cuma ada dia, dia yang menceriakan aku, dia yang menyayangi aku dan dia yang melukai aku..
hemm jiwang pulak..
tapi aku terus terang, memang tak ada orang lain dalam hati aku kecuali dia.. buatlah aku macam mana pun, aku tetap sayang dia.. aku akan selalu sabar sebab ada hikmahnya atas apa yang berlaku..
berbalik kepada orang baru.. dia dah jadi kawan sms aku.. hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan