Isnin, 2 Ogos 2010

cerita..

hari ni last day untuk masukkan 10 cerita pendek dalam blog ni.. aku pun tak tahu dah nak tulis ape lagi..
emm.. kalau masukkan puisi boleh tak dr? hehehe.. boleh kot?? tapi aku nak masukkan jugak la..
ni aku nak masukkan puisi yang aku karang sendiri kala menunggu yang tersayang untuk berjumpa.. bila aku mintak nak jumpa dia, dia akan cakap "tak conform lagi.. nanti dah conform abang cerita.."
begitulah selalunya..
kadang-kadang dia datang, kadang-kadang tak datang.. ok, ini dia puisinya.. yang terkadang membuat aku menangis membacanya..

Buatmu abang

Hujung minggu yang bertandang,

Telah aku nanti dengan harapan

Yang melata bagai kelekatu

Yang mencari cahaya

Kala hujan malam mula mereda

Sesekali,

Harapan yang ku untai bersama rindu

Terlerai dari pangkin hiba

Tangisteriak tak bersuara

Mula menjentik tangkai hati.

Tatkala aku bersuara

“tenang hatiku tenang”

Air mata

Mula

Menari-nari di pipi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan