Adik aku yang lelaki tu, aku bengang betul la.. hari tu dapat tawaran UMS dia tak mahu pergi. Lepas tu buat rayuan, nak sangat masuk UPM. Tapi tak ada rezeki dia lagi agaknya. Aku suruh dia beli no pin untuk UITM. Tadi dia cakap try tengok syarat kemasukan. Macam tak layak. Apa nak buat ni.
Dia macam mendesak aku pergi pejabat pendaftar UPM hari ni untuk tanya ada tak pengambilan disember. Aku cakap. “ nak buat masters bolehla dik oi”. Dia bengang ngan aku agaknya, terus merajuk. Aku sakit hati lagi. Dia suruh aku telefon pejabat akademik tanya macam mana nak apply.
Untuk puaskan hati dia aku telefon. Ada seorang mamat ni angkat. Aku pun tanya la dia. Dia cakap “ memang tak ada ambilan Disember. Rayuan untuk Julai sahaja, kecuali untuk masters.” Sudahnya aku cerita kat dia. Baru puas hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan